Nikmat

Image
NIKMAT Awan, Indahnya Ia tergantung di langit, Warnanya biru begitu mendamaikan, Sehingga aku terpukau dengan keindahannya, Tiba-tiba aku terdiam, Seperti ada sesuatu yang menyentak dadaku, Bahkan fikiranku menjadi kelam, Hanya satu yang terlintas, Lalu aku tersenyum keriangan, Terima kasih Tuhan.  

Syukur

Kudengar sesuatu,
Lalu kudongak ke langit,
Ohhh kicauan burung,
Terbang 3 sekawan di langit yang luasnya,
Cantik dan indah tidak terata,
Kubersyukur kepapa penciptanya,
Tanpa kusedar bibirku mengukir senyuman,
Ikhlas dari hati ini,
Sungguh aku jatuh cinta kepada penciptanya,
Bahkan bertambah hari demi hari,
Aku bersyukur lagi,
Kerana Dia memberikan perasaan ini,
Aku gembira tidak terkata,
Kerana aku disayangi dan menyayangi-Nya.

Comments