Nikmat

Image
NIKMAT Awan, Indahnya Ia tergantung di langit, Warnanya biru begitu mendamaikan, Sehingga aku terpukau dengan keindahannya, Tiba-tiba aku terdiam, Seperti ada sesuatu yang menyentak dadaku, Bahkan fikiranku menjadi kelam, Hanya satu yang terlintas, Lalu aku tersenyum keriangan, Terima kasih Tuhan.  

Ikhlas

Manusia itu pelbagai wataknya,
Tika kita tahu dia memerlukan harapnya,
Masing-masing diam tidak berkutik nampaknya,
Benarlah ikhlas itu sukar diukur nilainya,
Tapi Tuhan itu adil tiada tara-Nya,
Mendengar rintihan di lubuk hati hambanya,
Maka Tuhan hantarkan 'dia' untuknya,
Terima kasih Tuhan atas nikmatnya,
Terima 'dia' atas bantuannya.

Comments